2009年7月10日 星期五

Karangan Bahasa Malaysia(Aku Sebuah Kamus)

Aku dilahirkan di sebuah kilang percetakan di Selangor.Nama aku "Kamus Bahasa Melayu".Kulit aku berwarna merah dan putih.Aku mempunyai empat ratus lebih muka surat.]
Setelah aku siap dicetak,aku bersama dengan rakan yang lain dibungkus dengan kertas dan diletakkan ke dalam sebuah kotak yang besar.Lepas itu,kami dihantar ke sewbuah kedai buku dengan menaiki lori.
Apabila sampai di kedai buku itu,aku dipamerkan di atas rak bersama rakan-rakan yang lain oleh kakitangan kedai itu.Satu tanda harga bernilai RM28.00 telah diletakkan pada badan aku.
Setelah beberapa hari berada di kedai buku itu,aku telah dibeli oleh seorang murid.Murid itu membawa aku balik.Dia membalut badan aku dengan sehelai kertas pembalut yang menarik.Tuan aku bernama Mei Ling.Dia belajar dalam Tahun Empat.
Mei Ling selalu menggunakan aku apabila membuat latihan dan menulis karangan.Dia akan menggunakan aku untuk mencari maksud sesuatu perkataan yang tidak difahami.
Mei Ling menjaga aku dengan baik.Dia akan menyimpan aku di atas rak semula selepas habis menggunakan aku.Aku berasa gembira dan sanggup terus berkhidmat untuk tuan aku yang baik ini.